About


Bagaimana dengan tahun baru anda? Adakah semuanya berjalan dengan lancar?  Hmmm.. sekejap saja masa berlalu.. Makan, tidur, makan, tidur, dah tahun 2010 pun..lagi sepuluh tahun untuk mencapai wawasan 2020..

Begitulah hidup kita, tanpa kita sedari masa berlalu dengan pantas, dan ianya tak boleh diundur semula. Jadi, dah tentulah penting bagi kita menjaga kesihatan badan kita setiap masa.

Badan ni penting.. Terutamanya bagi yang masih muda macam saya. Orang tua-tua kata “lama lagi nak pakai”. Bagi yang dah berumur juga kena jaga kesihatan badan dengan baik. Supaya janganlah sampai kita terlantar dan tak berdaya menguruskan diri sendiri sehingga menjadi beban dan kesusahan pada orang lain.


Langkah pertama ke arah kesihatan optimum adalah menyedari yang tubuh anda memerlukan penjagaan. Langkah kedua ialah mendapatkan info kesihatan yang diperlukan untuk menjaga kesihatan diri dan keluarga dengan berkesan. Adalah sukar untuk menjaga kesihatan tubuh sekiranya anda tidak tahu apa-apa mengenainya. Bagaimana mungkin anda menjaga kesihatan diri dan keluarga kalau anda tidak faham bagaimana musuh datang menyerang dan bagaimana tubuh anda bertindak mempertahankan diri.

Untuk itu, blog ini dibina sebagai salah satu cara untuk berkongsi maklumat atau bertukar2 fikiran tentang kesihatan diri dan juga keluarga untuk kebaikan kita bersama, insyaallah. Diharap segala artikel yg diterbitkan didalam blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.Segala tips @ komen untuk menambahbaikan blog ini amatlah dihargai


Info kesihatan yang diberikan adalah bertujuan untuk ilmu pengetahuan sahaja dan TIDAK seharusnya dijadikan nasihat perubatan atau rawatan. Sekiranya anda memerlukan nasihat perubatan, sila dapatkannya dari pengamal perubatan bertauliah.

salam hormat
    admin