Amalan Sihat

Katakan tak nak kepada rokok!!!


Seseorang yang mahu menjaga kesihatan diri dikehendaki tidak merokok. Hal ini kerana, merokok adalah salah satu penyebab kematian yang paling boleh dicegah. Sekiranya perokok tersebut adalah golongan wanita, risoko untuk mengalami penyakit jantung dan kanser sangat tinggi.



Mengurangkan kolestrol juga antara faktor risiko utama penyakit jantung dan secara tidak langsung aka meningkatkan risiko stoke. Oleh yang demikian cubalah mengambil makanan yang rendah lemak dan jika hendak menggunakan minyak, perlu guna minyak zaiton.


Diet yang kaya dengan sayuaran dan buah-buahan mempunyai hubungan dengan kolestrol lebih rendah. Beberapa kajian juga menunjukkan hubungan antara memakan jenis sayuran tertentu akan mengurangkan risiko kanser. Daripada membuang masa memikirkan sayuran mana yang perlu dimakan untuk menjauhi penyakit tertentu, usahakanlah memakan pelbagai jenis sayuran terutamanya sayuran berwarna hijau.



Setiap bentuk senaman atau olahraga boleh membantu menjadi lebih sihat, cergas serta hidup menjadi lebih produktif. Satu kajian sejak dahulu memperlihatkan bahawa perubahan sekecil apapun dalam kegiatan harian akan menghasilkan manfaat kesihatan yang abadi.

Tubuh badan memerlukan rehat yang cukup untuk melaksanakan sesuatu tugas. Sekiranya kurang rehat, seseorang akan mengalami letih badan serta tidak berupaya dan adakalanya boleh menyebabkan pengsan. Terdapat pelbagai cara untuk mereharkan badan seperti meditasi, menarik nafas dalam- dalam, membaca buku yang diminati. Kesemua cara ini membolehkan badan berehat.

Perkara yang boleh dilakukan supaya kesihatan terjamin adalah dengan melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang- kurangnya sebulan sekali. Hal ini perlu untuk mengenalpasti risiko penyakit yang dihadapi.



Ingat!!!!Pencegahan awal lebih baik daripada mengubati.

0 comments:

Post a Comment